Lirik musik Lagu dari Hael Husaini - Hajat

HAEL HUSAINI - HAJAT







Hal Husaini bin Razmi atau lebih dikenali sebagai Sani, Hael Azhael atau Hael Husaini lahir pada 10 Disember 1987 (umur 31), merupakan seorang penyanyi, komposer dan penulis lagu kelahiran Negeri Sembilan di Malaysia.[1] Kerjaya Husaini dalam bidang seni bermula dengan sesi uji bakat untuk rancangan realiti One In A Million (OIAM) pada tahun 2006. Pada tahun 2009, beliau pernah menganggotai kumpulan Evo bersama rakan duonya, Erul Samah dalam Mentor TV3. Mereka merupakan protege kepada Jaclyn Victor. Husaini mengeluarkan lagu solo pertama, “Seandainya” sebelum disusuli dengan album mini. Pada tahun 2013, beliau bersama temannya, Azhar Osman menubuhkan kumpulan duo, Azhael dan dinobatkan sebagai Naib Juara dalam Akademi Fantasia Musim 10. Lagu debut mereka berjudul "Hentian Terakhir" yang dicipta sepenuhnya oleh penyanyi dan komposer Damien VE berjaya melonjakkan nama beliau sebagai salah seorang penyanyi muda yang digemari ramai.

Awal 2017, Hael Husaini telah mengeluarkan kenyataan pengunduran diri dari kumpulan duo Azhael di laman instagram beliau pada 2 Februari. Beliau akan tetap meneruskan aktiviti seni namun secara solo.(Sumber; Wikipedia)



Judul Lagu : Hajat
Penyanyi : Hael Husaini
Lagu & Lirik : Hael Husaini, Ezra Kong
Label : Rocketfuel Network
Berikut ini Lirik Lagu Hajat yang dinyanyikan oleh Hael Husaini.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^


Jika kau mahu sesuatu
katakan padaku
Jika kau mahu diriku
ku sedia untukmu

Dan jika kau mahu kan jiwaku hambakan cintamu
Pasti hajat kamu kamu kamu akan ku tunaikan

Jangan curiga
Harus percaya
Ikhlas hati ku berkata


Terseksa untuk mencintanya
Mencinta untuk diseksanya
Terpaksa atau rela janji kau bersama
Bila tiba waktu kamu harus bercincinkan aku

Jika kau mahu ku rindu
ku bayangkan wajahmu
Jika masih ragu-ragu
ku lagukan padamu
dan jika kau mahukan jiwaku
hambakan cintamu
Pasti hajat kamu kamu kamu akan ku tunaikan

Jangan curiga
Harus percaya
Ikhlas hati ku berkata

Terseksa untuk mencintanya
Mencinta untuk diseksanya
Terpaksa atau rela janji kau bersama
Bila tiba waktu kamu harus bercincinkan aku

Terseksa untuk mencintanya
Mencinta untuk diseksanya
Terpaksa atau rela janji kau bersama
Bila tiba waktu kamu harus bercincinkan aku
Bila tiba waktu
Bila tiba waktuBila tiba waktu kamu harus bercincinkan aku